Chatime Atau Tealive Ada Beza Ke?

BUAT pengemar minuman teh bubble, jenama Chatime dari Taiwan sememangnya cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, berita pemilik Chatime, La Kaffa menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia, awal Januari lalu sememangnya mengejutkan ramai.

Keputusan itu juga ternyata menimbulkan rasa sedih buat peminat teh bubble di Malaysia yang pastinya akan merindui minuman kegemaran itu.

Bagaimanapun, peminat teh bubble menerima khabar gembira apabila Loob Holding ‘bangkit’ dari kontroversi itu dengan membangunkan jenama minuman tempatan sendiri yang dikenali sebagai Tealive.

Meskipun baru beberapa bulan di pasaran, Tealive ternyata berjaya menawan hati peminat teh bubble dengan pelbagai perisa baharu.

Ketika peminat teh bubble sudah melupai konflik itu, tiba-tiba seorang netizen bernama Abu Mu’aaz Munir Azizan tampil membuat pembandingan di antara Chatime dan Tealive.

Posting itu ternyata menarik perhatian ramai sehinggakan dikongsi lebih 8,000 netizen.

Jom kita baca, kisah dua jenama minuman teh terkenal ini:

“Nak pilih Chatime ke Tealive?

Mungkin ada yang tanya, “Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?”

Jawapannya – TAK!

Bayangkan tengah shopping raya, tiba-tiba terperangkap dalam shopping mall sebab hujan lebat.

Lagi 5 minit dah nak azan Maghrib.

Rasa teringin nak berbuka puasa dengan bubble tea.

Bila tengok kat directory shopping mall, ada dua pilihan – Chatime & Tealive.

Nak pilih yang mana satu?

Sebelum cerita pasal nak pilih bubble tea yang mana satu, kita cerita pasal mitos Chatime dah tukar nama kepada Tealive, ok?

Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia.

Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (Ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni).

Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi… Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak.

Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan.

Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding?

La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa.

Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal.

Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal.

Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive.

Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive.

La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia.

Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime.

Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group – sebuah syarikat Bumiputera.

Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia.

Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah.

Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa.

Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia.

Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia.

Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia – padan la mahal.

Sekarang, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia.

Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik.

Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini.

Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah.

Dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup “cut corners” untuk jimat duit.

Dan Will Group yang menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa.

Chatime pilihan yang lebih berkualiti.

Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa.

Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura.

Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime.

P. S. – Status ni adalah pilihan peribadi semata-mata dan untuk memperbetulkan mitos Chatime tukar nama kepada Tealive.

Masing-masing boleh buat penilaian sendiri,” tulisnya.

Penulisan itu bagaimanapun menjadi kontroversi apabila sebuah portal English iaitu Vulcon Post mengaitkan status itu dengan isu perkauman semasa sesi temuramah bersama pemilik Tealive, Bryan Loo.

Bagaimanapun, menerusi tinjuan kami, artikel dalam portal tersebut yang menyentuh mengenai isu perkauman telah pun dipadamkan.

VULCON POST TELAH MEMOHON MAAF TERHADAP ISU PERKAUMAN DAN MEMADAM SEBAHAGIAN ARTIKEL TERSEBUT.
Vulcon Post juga telah membuat permohonan maaf atas salah faham penulisan tersebut.

Menerusi kemaskini status terbaharunya, Abu Mu’aaz menafikan bahawa penulisan statusnya itu membaur rasis atau perkauman sebaliknya hanya mengenai integriti dan kualiti.

Dalam masa yang sama, dia kecewa apabila ada pihak mengaitkan statusnya dengan perkauman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!