Bayi Lelaki Yang Dijumpai Dalam Tong Sampah Baru Baru Ini Diberi Nama Mohd Ramadan

TEMERLOH – Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, di sini pagi semalam akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena mengambil keberkatan bulan yang penuh barakah untuk umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi seberat 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam mengerjakan ibadah puasa semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

“Kemudian bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu segala aspek kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.