Polis Tumpas Geng Asroy

Putrajaya – Polis menumpaskan ‘Geng Asroy’ yang dianggotai empat remaja termasuk dua yang masih bersekolah dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah sejak Mac tahun lalu dengan menyasarkan pangsapuri sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, remaja terbabit yang berusia antara 15 dan 21 tahun itu ditahan di Putrajaya dan Kampar, Perak pada 20 dan 21 Mei lalu.

“Nilai kerugian dianggarkan RM55,000. Tetapi dalam serbuan itu, setakat ini kita hanya menemui komputer riba, (gajet) tab, jam tangan, surat pajak gadai dan dompet,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Abdul Razak berkata modus operandi Geng Asroy ialah memecah masuk pangsapuri melalui balkoni dapur antara jam 9 pagi hingga 4 petang dan pernah memecah masuk pangsapuri di tingkat 13.

“Sasaran mereka adalah rumah yang tidak berkunci. Kita mahu penduduk peka dengan perkara ini kerana penghuni yang memberi peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.