Polis Kesan Militan Sembunyi Di Malaysia

Kuantan -Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan anggota militan yang bersembunyi di negara ini serta rakyat tempatan yang melindungi mereka.

Katanya PDRM juga memantau mereka yang disyaki berbuat demikian.

“Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa sahaja yang didapati cuba melindungi anggota militan terbabit yang dikehendaki Interpol kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas.

“Kita tidak menolak ada kes penduduk tempatan yang bersekongkol dan memberi perlindungan kepada anggota militan ini dan mereka yang terlibat sentiasa dalam pemerhatian polis,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-8 bersama Ketua Polis Negara sempena peringatan hari polis ke-207.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.