Memang Malaysiakini Anjing Dan Babi – Ibrahim Ali

Kuala Lumpur – Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menafikan pihaknya menerima dana kerajaan untuk melebarkan sayapnya di Eropah, yang bermula dengan pelancaran cawangan Londonnya esok.

“Satu sen Perkasa tak terima dana kerajaan untuk pelancaran dan penubuhan PERKASA UK dan Eropah,” kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam beberapa siri SMSnya kepada Malaysiakini hari ini.

Mesej yang penuh dengan kata maki hamun seperti ‘celaka dan babi’ sebagai reaksinya terhadap ruangan ‘Yoursay’ Malaysiakini, satu rangkuman komen pembaca mengenai pengembangan PERKASA di Eropah yang disiarkan semalam.

Artikel bertajuk ‘Are taxpayers funding Perkasa’s European foray?’ mencetuskan kemarahan Ibrahim.

“Celaka punya tajuk. Malaysiakini ini betul-betul pembawa fitnah dan Dajjal. Siapa yang tulis berita ini?” kata beliau dalam SMS dari London.

“Kurang ajar punya tajuk. Mana Perkasa terima dana pembayar cukai. Tajuk amat jahat untuk buat pembaca marah.

“Memang Malaysiakini ni anjing atau babi. Cara tajuk dan berita ditulis, berniat jahat terhadap Perkasa.”

Dalam satu lagi SMS beliau mengatakan “Malaysiakini adalah laman web pelacur yang tak ada harga diri.” – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.