Mati Digilis Keretapi Ditolak Konduktor

New Delhi – Seorang wanita India digilis hingga mati selepas ditolak oleh konduktor kereta api kerana dia menaiki gerabak yang salah pada Khamis, kata polis.

Insiden di Jalgaon, timur Mumbai itu berlaku ketika dua anak wanita terbabit menaiki gerabak yang berhawa dingin, tetapi kemudian diarahkan konduktor berkenaan agar ke gerabak kelas murah, kata pegawai polis Hemraj Ambekar.

Anak saudara mangsa yang menghantar tiga beranak itu menaiki kereta api berkata, ibu saudaranya kemudian ditolak oleh konduktor berkenaan.

Mangsa yang hilang imbangan lalu terjatuh antara dua gerabak sebelum digilis oleh kereta api itu.

Ambeker berkata, polis sudah menahan konduktor terbabit untuk disoal siasat, selain turut menyoal beberapa saksi yang melihat kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.