Kes Culik Sabah : 2 Tebusan Warga China Berjaya Diselamatkan – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata 2 tebusan termasuk seorang warganegara China yang sebelum ini diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata di perairan Sabah telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pm Culik 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Najib melalui laman twitternya berkata, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh pihak berkuasa tempatan.

“Saya baru sahaja di maklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia mengenai 2 tahanan yang diculik di salah sebuah pusat peranginan di Sabah telah berjaya diselamatkan.

“Pihak keselamatan juga sedang menguruskan untuk menghantar mereka pulang ke negara asal secepat mungkin” katanya sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, seorang pelajar China, Gao Hua Yuan, 29, bersama seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata yang melarikan diri menggunakan sebuah bot laju.

Ketika kejadian berlaku, dikatakan di resort itu terdapat 61 pelancong terdiri 59 warga China dan masing-masing seorang dari Iran dan Malaysia.

Menurut Najib lagi, pembebasan 2 orang tebusan itu juga tidak melibatkan sebarang bayaran wang tebusan dan kejayaan tersebut juga adalah hasil kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

“Tiada sebarang wang tebusan yang dibayar untuk membebaskan mereka.

“Kejayaan tersebut adalah ahsil kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat” katanya lagi.

Kumpulan penculik sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China.

Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada wang tebusan dituntut bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warganegara Filipina.

Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.