Hasan Malek Sedia Disiasat SPRM

Putrajaya – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bersedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diminta berbuat demikian.

Ia berhubung laporan beliau didakwa campur tangan tangan dalam pinjaman RM32 juta yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada peniaga permaidani, Deepak Jaikishin.

“Kita bertindak atas dasar, undang-undang dan mengikut peraturan yang sedia ada,” katanya tanpa enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK di sini pada Khamis.

Isnin lepas, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa khidmatnya sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara-gara permohonan pinjaman oleh Deepak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar turut meminta Bank Rakyat memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.