Gadis Dirogol Teman Lelaki FB

Sandakan – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu mendakwa dirogol teman lelakinya ketika ‘berbual’ di sebuah bangunan di Jalan Singapore, awal minggu ini.

Pelajar itu dikatakan baharu berkenalan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun yang dikenali di Facebook, dua minggu sebelum kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Fadzil Mohd Ali, berkata mangsa membuat laporan sehari selepas kejadian yang berlaku 26 Mei lalu.

Katanya mereka bertemu dua kali selepas menjalin cinta di Facebook, sekali pada 25 Mei dan sehari selepas itu di mana gadis itu mendakwa dirogol.

“Siasatan mendapati selepas pertemuan kali kedua, suspek mempelawa untuk menghantar mangsa ke rumah.

“Dalam perjalanan pulang, mereka melalui sebuah bangunan dan suspek meminta gadis itu ke situ untuk berbual.

“Disebabkan pintu ke bahagian bumbung dikunci, mereka duduk di tangga tingkat enam di mana mangsa mendakwa dirogol sebelum pulang,” kata Fadzil.

Ibu mangsa berang kerana mangsa pulang lewat dan mangsa menceritakan apa yang berlaku.

Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.