Dua Pembantu Rumah Fasha Sandha Dipenjara

SHAH ALAM – Dua pembantu rumah pelakon, Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di rumahnya, di Duta Suria, Ampang, lapor sebuah portal berita.

Nilawati, 39 dan Sri Maniami, 35 masing-masing dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya.

Kejadian itu berlaku sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu.

Fakta kes menyebut pada hari kejadian, Rizal diberitahu pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang.

Ketika ditahan, polis menemui wang tunai RM200 pada kedua-duanya pembantu rumah itu.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan dan berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.