2 Beranak Maut Dihempap Sawit Tumbang

Taiping – Dua beranak yang sedang menunggang motosikal maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang dalam insiden di Batu Hampar berhampiran kilang sawit Awan Timur pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, S. Mogandas, 37, dan anak lelakinya, M. Sivabalan, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, mayat dua beranak itu sudah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.