Kerajaan Perkasa Perkhidmatan Pos Gunung Kinabalu – Simbol Ikonik Komunikasi Puncak Tertinggi

- Advertisement -

KOTA KINABALU,– Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkasa perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu dengan kerjasama Pos Malaysia, sejajar usaha meningkatkan pengalaman pelancong dan memartabatkan Gunung Kinabalu sebagai ikon komunikasi global.

Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, mengetuai lawatan kerja tiga hari ke Peti Pos Gunung Kinabalu bermula 28 April lalu. Inisiatif ini menampilkan penambahbaikan seperti poskad edisi terhad, cop pembatalan khas Gunung Kinabalu dan peningkatan liputan telekomunikasi.

Ujian kualiti perkhidmatan menggunakan aplikasi MCMC Nexus turut dijalankan bagi memantau pengalaman pengguna di lokasi beraltitud tinggi ini. Usaha ini selari dengan persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, menampilkan Malaysia sebagai negara yang mesra pelancong dan berdaya saing dari segi komunikasi digital.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin; wakil MCMC, Pos Malaysia, Taman Sabah serta penyedia perkhidmatan seperti CelcomDigi, U Mobile, TM dan Maxis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat