Video: Calon Bn Mahu Terus Merakyatkan Setiawangsa

SETIAWANGSA – Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei nanti.

Dalam manifesto tersebut ia menggariskan empat perkara bagi meneruskan ideologi ‘Merakyatkan Setiawangsa’.

Menurut Calon BN kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, keempat-empat teras ialah 4 teras utama iaitu Struktur, Sejahtera, Sihat dan Selamat.

Teras-teras tersebut akan diperkasa melalui 8 inisiatif utama iaitu Keusahawanan, Pendidikan, Perumahan, Agama, Sukan, Keselamatan, Komuniti dan Remaja dan Wanita.

“Kesemua cadangan ini datangnya dari peringkat akar umbi. Sehubungan itu manifesto berkenaan adalah aku janji kami, pemimpin yang sudah lama berkhidmat di sini adalah untuk meneruskan ideologi merakyatkan Setiawangsa.

“Ideologi ini adalah sejak dari 2004, kita akan teruskan. Kita ada menambahbaik dan mengeluarkan idea-idea baharu dalam manifesto. Saya percaya inisiatif ini akan melonjakkan proses transformasi Setiawangsa kepada satu era yang lebih baik,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan manifesto PRU-14 BN Setiawangsa di sini.

Dalam pelancaran tadi, turut hadir bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

 

#BersamaBN

#JomBN

#DahulukanRakyat

#HebatkanNegaraku

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.