Netizen Jangka PH Akan Tayang Drama ‘Mahathir Masuk Hospital’ Sebelum Hari Pengundian

Kalau di Malaysia kebanyakkannya kini sedang bercakap mengenai kehebatan filem Avengers: Infinity War, tetapi dalam dunia politik juga tidak kurang dashyat apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bermain wayang untuk meraih simpati orang ramai.

Setakat ini, tiada mana-mana pemimpin yang mampu meraih ‘kutipan pecah panggung’ melainkan hanya pemimpin yang memerintah negara selama 22 tahun itu, dan terbaharu tular di laman sosial dakwaan sandiwara paling ‘win’ yang dijangka menjadi trending selama lima tahun berturut-turut, akan ‘ditayang’ oleh Dr Mahathir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Drama atau mungkin lagi tepat ‘filem’ itu yang dijangka ‘menemui penonton’ dalam masa terdekat, didakwa berkisarkan tentang propaganda baharu Pengerusi Pakatan Harapan itu yang akan dimasukkan ke hospital sebelum hari pembuangan undi, semata-mata mahu menaikkan populariti beliau yang semakin merudum, sekaligus meraih undi simpati rakyat.

Berdasarkan mesej yang tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp, memetik sumber dalaman dan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa filem tersebut ‘diarahkan’ oleh produksi DAP.

Menurutnya, produksi DAP merasakan pemilihan Dr Mahathir sebagai pelakon utama dalam ‘tayangan Dr Mahathir terlantar di hospital’ akan berjaya mendapat undi simpati kepada Pakatan, walhal sebenarnya ia cumalah taktik paling kelakar dan kebudak-budakan sekiranya ia benar-benar berlaku pada hari sebelum pembuangan undi.

Tetapi, jika melihat kepada trend sebelum ini, tayangan drama ‘hospital, tunggu ku datang’ ini pasti mendapat kelulusan daripada ‘perbadanan filem Pakatan’ kerana Dr Mahathir memang sudah terkenal dengan koleksi-koleksi drama beliau – sebelum dan selepas menyertai blok pembangkang.

Tiga hari lalu (27 April), ahli politik veteran berusia 92 tahun itu mendakwa pesawat yang sepatutnya dinaiki beliau untuk ke Langkawi sehari sebelum penamaan calon telah disabotaj oleh pihak tertentu yang mahukan beliau meninggal dunia.

“Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

“Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok (29 april),” memetik ‘skrip’ Dr Mahathir seperti dilapor media.

Namun, drama itu tidak boleh diterima penonton Malaysia kerana terlalu ‘ekstrem dan melanggar norma-norma tontonan umum’. Ini kerana, Pihak Lembaga Penerbangaan Awam Malaysia (CAAM) pada 28 April menafikan dakwaan bahawa pesawat Dr Mahathir disabotaj pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusinya Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menyifatkan tuduhan dibuat Dr Mahathir itu sebagai serius kerana berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pesawat tersebut gagal terbang disebabkan mengalami masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut.

Maka, ‘drama genre aksi’ itu akhirnya hanya bertukar bahan lawak dan gelak ketawa orang ramai apabila ia sah sebagai palsu. Namun, itu baharu sedikit, kerana sebelum ini Dr Mahathir juga pernah cuba meraih simpati orang ramai dengan memainkan isu kedai roti, The Loaf, yang tutup secara tiba-tiba ketika menjelang PRU selepas 12 tahun beroperasi.

Itu pun Dr Mahathir menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai punca kepada kedai rotinya lingkup.

“Kalau Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri dan ekonomi negara baik, The Loaf mampu hidup dan bertahan tetapi apabila pilih pemimpin seperti Najib, bukan sahaja The Loaf, kedai besar juga akan tutup,” katanya memetik FMT.

Beliau juga mengatakan yang keselamatan dirinya terancam, dan merungut mengatakan yang adakah pihak polis dan tentera hanya akan beri perhatian bila beliau dibunuh?

Bahkan, siapa yang boleh lupa insiden di mana Dr Mahathir dan beberapa orang yang lain disembur dengan sejenis bahan pemedih mata ketika beliau hendak memulakan ucapannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 29 Julai 2006.

Individu yang dituduh cuba mendatangkan kecederaan kepada Dr Mahathir ialah Ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, yang ketika itu berusia 53 tahun. Namun, selepas sembilan tahun drama sensasi ‘spray’ itu ‘bersiaran’, Mahkamah Rayuan pada 18 Mac 2015 memutuskan Nik Sapeia dibebaskan. Lagi sekali, drama tersebut ‘diharamkan’ untuk tayangan umum.

Macam ini lah, fikir logik dan mudah – penyiar iklan akan promosikan produk mereka pada waktu perdana, yang mana ketika itu bilangan penonton adalah tinggi walaupun mereka terpaksa membuat pelaburan yang banyak. Jadi ironinya sama, dengan menimbulkan cerita-cerita sebegini ketika saat-saat menjelang PRU, maka rating Dr Mahathir akan semakin naik, meskipun terpaksa menggadaikan maruah dirinya.

Tetapi satu yang menyedihkan, Dr Mahathir bukan sahaja terpaksa menggunakan logo parti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada PRU kali ini, malah nampaknya beliau juga meniru taktik sama Anwar – membuat drama panas! Jangan terkejut kalau suatu hari nanti Dr Mahathir dinobatkan sebagai “King Of Drama” daripada stesen TV Pakatan!  – MalaysiaDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.