Mengapa Tak Guna Wajah Wan Azizah Atau Azmin?

(analisis)

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai jawatan langsung dalam PKR walaupun Pengerusi PPBM itu akan bertanding menggunakan logo parti yang pernah memusuhinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik Utusan, penggunaan gambar beliau dalam bahan kempen calon-calon PKR seperti poster dan gegantung dianggap melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan bahawa semua parti yang bertanding hanya boleh menggunakan wajah presiden, timbalan presiden atau setaraf dengannya.

Dalam pada itu, secara rasmi, Dr. Mahathir tidak layak dianggap sebagai pemimpin utama gabungan pembangkang PKR kerana permohonan pendaftaran pakatan tersebut tidak dapat diproses oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ekoran masalah yang ditimbulkan oleh PPBM.

Jesteru, hairan juga apabila dua calon PKR iaitu Liew Chin Tong dan Anthony Loke berkeras mahu menggunakan gambar Dr. Mahathir dan membantah apabila tindakan penguatkuasaan diambil terhadap bahan-bahan kempen yang didapati tidak mengikut peraturan SPR.

Seharusnya wajah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meloncat dari Permatang Pauh ke Pandan sudah memadai untuk dimasukkan dalam gambar semua calon yang bertanding di bawah tiket parti itu.

Mungkin mereka ‘segan’ kerana pengaruh Dr Wan Azizah dalam parti sendiri semakin tenggelam dalam ‘perang dingin’ antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bahkan, jika tidak mahu letak gambar Dr Wan Azizah, mereka masih boleh menggunakan wajah Mohamed Azmin yang terpalit dengan skandal penyelewengan sejak menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, walaupun wajah Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin sinonim dengan istilah ‘muka bermasalah’, tokoh-tokoh DAP yang bertanding sebagai calon PKR tidak mempunyai alternatif lain kerana hanya dua pilihan itu sahaja yang mereka ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.