Jiwa Mukhriz Di Kuala Lumpur Kata Ahmad Bashah

ALOR SETAR – Calon PKR bagi kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir disifatkan sebagai seorang bekas Menteri Besar yang jiwanya berada di Kuala Lumpur sehingga gagal menyelesaikan masalah rakyat Kedah ketika menjawat jawatan berkenaan kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, janji-janji yang ditawarkan oleh Mukhriz untuk membantu rakyat Kedah menerusi manifesto gabungan pembangkang PKR seperti menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh 100 hari adalah mustahil untuk dilakukan.

Beliau berkata, Mukhriz yang turut dicalonkan sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra telah mempunyai masa selama dua tahun setengah ketika menjadi Menteri Besar namun tiada apa yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah rakyat ketika itu.

“Dia tidak ada dalam diri dia sebagai orang Kedah, kita daripada bawah dia daripada atas duduk di istana besar di Kuala Lumpur sebab itu dia tidak rasai apa yang rakyat mahu.

“Dia (Mukhriz) akan ulang alik ke Kuala Lumpur lebih banyak daripada duduk di Kedah, dua tahun setengah dia buat benda itu, adakah dia tak akan buat benda yang sama nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penyokong Pendidikan Bahasa Cina Kedah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keat Hwa dan sesi memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Alor Setar, di sini hari ini, petik Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.