PKR Sedia Lawan PAS Dalam PRU14 – Wan Azizah

PETALING JAYA – PKR sedia bertembung dengan PAS di kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pihaknya tidak akan menghalang jika PAS mahu meletakkan calon di kawasan yang ditandingi partinya walaupun kedua-dua pihak masih menjalinkan hubungan ketika ini.

Muktamar PAS Ke-63, hari ini meluluskan usul tanpa bahas supaya parti itu bertanding di kerusi PKR pada PRU-14.

“Nak bertanding, bertandinglah. Apa saya nak buat kalau PAS nak bertanding (di kawasan PKR),” katanya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini. T

Turut hadir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Muktamar PAS turut meluluskan usul supaya memutuskan ‘tahaluf siyasi’ antara parti itu dan PKR, Dr Wan Azizah berkata pihaknya akan menunggu sama ada Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan usul terbabit.

Bagaimanapun, katanya, parti itu ada berbincang dan meneliti senario sekiranya PAS memutuskan hubungan dengan PKR. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.