Video: Ada Calon Lebih Layak Dari Muhyiddin Ganti PM – Dr Mahathir

Tasik Gelugor – BTun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin ada calon yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri selain Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Menurut Dr Mahathir, walau bagaimanapun untuk tidak menyinggung mana-mana pihak di dalam UMNO Timbalan Perdana Menteri itu mungkin calon yang terbaik.

 

 

“Saya tak mahu menyinggung (bergaduh) dengan semua orang, menurut tradisi politik Umno, timbalan presiden yang akan ambil alih.

 

“Mungkin ada orang lain yang lebih layak, tetapi kalau mengikut tradisi parti dan bagi mengelakkan menggangu struktur parti timbalan presiden akan ambil alih,” katanya pada sidang media seleps dialog “Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M” di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini.

 

Sementara itu ketika ditanya mengenai cadangan untuk melantik Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih jawatan perdana menteri, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada perwakilan Umno yang mengundi.

 

“Itu terpulang kepada Umno, kalau Umno nak pilih dia boleh pilihlah” ujar beliau.

 

Terdahulu bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata Tengku Razaleigh merupakan calon terbaik untuk mengambil alih jawatan perdana menteri itu.

 

Zaid turut menyeru agar Dr Mahathir yang satu ketika dahulu merupakan ‘musuh’ Ku Li agar berdamai dan menyokong bekas menteri kewangan itu.

 

Ku Li merupakan salah seorang ahli politik zaman Dr Mahathir yang berani menggugat pentadbiran bekas perdana menteri itu.

 

Ketika pemilihan Umno pada 1987, beliau kalah tipis apabila menentang Dr Mahathir untuk jawatan presiden.

 

Tetapi, kes mahkamah terhadap Umno yang dibawanya selepas itu, menyebabkan parti itu terbatal pendaftarannya kerana wujud elemen penyelewengan dalam pemilihan parti.

 

Ku Li dan penyokongnya meninggalkan Umno dan membentuk Semangat 46, yang kemudiannya mengalahkan Barisan Nasional di beberapa kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 1990.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.