Saya Tak Pernah Peduli Pasal Anak Saya – Tun Mahathir

Tasik Gelugor – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan serangan yang dilemparkan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak disebabkan kerajaan cuba menganggu perniagaan yang melibatkan kepentingan anak-anaknya.

 

Menurut Dr Mahathir sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri beliau tidak pernah peduli mengenai nasib anak-anaknya.

 

 

“Saya tak pernah peduli pasal anak saya, masa saya jadi Perdana Menteri kalau saya nak tolong anak saya dah boleh dah.

 

“Tapi saya tak bagi masuk politik, tak boleh berniaga dengan kerajaan sebab itu dia (anak-anak saya) tak boleh nak naik,” ujar sebelum meninggalkan sidang media selepas dialog “Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M” di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini.

 

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam sebelum ini mendakwa serangan Dr Mahathir berpunca dari keengganan Najib untuk menurut kehendaknya menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

 

“Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai.

 

“Bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat” ujar Lokman sebelum ini.

 

Menurut Lokman lagi, Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila bekas Menteri Kewangan itu enggan membantu perniagaan yang melibatkan Mirzan.

 

Bekas Calon Naib Ketua Pemuda Umno itu turut mendakwa, serangan bermula apabila ada diantara keputusan yang dibuat oleh kerajaan telah menjejaskan perniagaan yang melibatkan kroni Dr Mahathir.

 

“Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M, antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

 

“Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting.

 

“Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.