Video: Jangan Panggil Saya Sayang Kata Ketua Menteri Sarawak

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sekali lagi menunjukkan bahawa beliau sama seperti orang lain.

 

Portal berita negeri, TVSarawak menyiarkan video di mana Adenan menggulung ucapannya dalam hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri semalam yang telah ditonton 999 kali, menerima 101 ‘like’ dan dikongsi 100 kali.

 

 

“Agak membosankan sekiranya setiap kali ada majlis rasmi, speaker akan memanggil saya dengan panggilan Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Bin Haji Satem. Panggil saja CM atau Adenan, cukuplah,” kata Adenan yang disambut dengan ketawa oleh semua anggota DUN.

 

Beliau menambah meminta supaya jangan memanggil beliau dengan panggilan ‘sayang’ (beloved) kerana ia khusus untuk isterinya, anak dan cucu-cucunya sahaja.

 

“Saya malu bila dipanggil ‘sayang’. Tolong jangan panggil saya begitu,” kata Adenan yang merujuk kepada timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang sering memanggilnya begitu di majlis rasmi.

 

Dalam video itu, Adenan turut memberitahu masyarakat peniaga dan beberapa agensi kerajaan supaya berhenti meletakkan mesej hari jadi dan hari ulang tahun ketua menteri di surat khabar.

 

“Tolonglah, lebih baik dermakan duit itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.