Harga Minyak Kekal Tidak Berubah Bagi Bulan Mei

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi bulan Mei kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada BERNAMA, hari ini.

 

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

 

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.