Enam Lelaki Didakwa Sokong Kegiatan Ganas

ALOR SETAR – Enam lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan secara bersama-sama menggalakkan satu perbuatan keganasan di negara ini pada 30 Januari hingga 5 April lalu.

 

Tertuduh, Murad Halimmuddin Hassan,49, Abu Daud Murad Halimmuddin,25, Ali Saifuddin, 28, Nor Azmi Jalani, 28, Mohd. Yusri Mohamed Yusof,29 dan Hadharami Hashim,38 didakwa melakukan perbuatan tersebut di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang.

 

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

 

Pada prosiding yang sama, seorang tertuduh, Murad Halimmuddin dituduh dengan satu tuduhan berasingan iaitu memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas di tempat yang sama seperti pertuduhan pertama pada 29 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.