Dasar BN Pastikan Kebebasan Beragama Di Kalangan Bukan Islam Terjamin – Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM – Barisan Nasional (BN) terus komited dalam memastikan kebebasan beragama di kalangan masyarakat bukan Islam sebagai dasar kerajaan persekutuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini, sentiasa menjadi contoh kepada negara-negara lain, dan masyarakat Malaysia harus berbangga serta berusaha mengekalkan nilai murni itu.

 

“Negara kita sudah merdeka lebih 57 tahun.. dan negara kita telah capai banyak kemajuan dan pembangunan. Ini kerana kita berjaya wujudkan persefahaman baik antara kaum dan agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

 

“Walaupun Islam agama rasmi Persekutuan, kedudukan agama lain di di Malaysia tetap terjamin. Ini adalah perkara yang saya sebut tadi terjamin…(dan) selagi BN berkuasa kita akan pastikan kebebasan beragama terus dipelihara,” katanya.

 

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah Utama Jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, berkata demikian ketika berucap di hadapan masyarakat Siam di Wat Rajaphohong, Kampung Teluk Wang, di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.