Chelsea Di Ambang Kejuaraan EPL, Tewaskan Leicester 3-1

SASARAN Chelsea untuk meraih mata penuh di kubu Leicester City berjaya apabila pasukan bimbingan Jose Mourinho itu menewaskan tuan rumah dengan 3-1.

 

Walaupun menang, Chelsea terlebih dahulu dikejutkan dengan aksi tuan rumah menjaringkan gol pertama.

 

Sepakan Marc Albrighton membawa kepada jaringan menjadikan The Blues ketinggalan 0-1 pada minit ke-45.

 

Chelsea bagaimanapun tampil lebih agresif apabila memasuki babak kedua.

 

Hanya tiga minit permainan, Didier Drogba berjaya membawa The Blues menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

 

Pada minit ke-79, John Terry terus meraih mata buat Chelsea menerusi tendangan kaki kanannya.

 

Ramires melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit ke-83 dengan 3-1.

 

Kemenangan ini membuatkan Chelsea semakin dekat dengan tangga gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

 

The Blues hanya perlu memperoleh satu kemenangan lagi memastikan menjadi juara Liga Perdana Inggeris 2014/2015. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.