Artis Malaysia Mabuk Teruk, Menjerit-Jerit Di Sydney

Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat.

3 thoughts on “Artis Malaysia Mabuk Teruk, Menjerit-Jerit Di Sydney

  • June 28, 2018 at 1:37 pm
    Permalink

    aku rasa artis2ni kepuh mecuh kecuh bawang jer lebih…lebih sudu dari kuah… bagus tak mana pun….eluk duk diam wat keje lain lagi bagus…. takde apa bolih bangga pun filem mcm tak laku tak siuman langsung takde mutu..tajuk pun mcm hilang akal…. tajuk tengok wah takutnya dashyat ….abuk pun tarak…. filem2 yg ada slot tayang tu buang jer lah… muak meluat …. mcm tak bertamadun …2×5 .5×2 ..tulah .,.. huruhara mcm nak rak…. bawang oh bawang tanam jagunglah duk kampung….. kaorang tak rasa malu ker…. mutu macam haprak…….

    Reply
  • August 4, 2018 at 9:47 pm
    Permalink

    elok duk kg jer …slot2 filem melayu yg ada pun offkan jer… mutu abuk tarak… kepuh lebih.. bgs tak mana pun… baik tengok tamil je.. masih nak buat filem? tajuk takut tengok? mcm bgs sgt? lebih bgs takyah lakon teruk …hancur… haprak… huruhara jer lebih bawang.. hairan rasa bgs ker?buang masa..

    Reply
  • August 4, 2018 at 9:48 pm
    Permalink

    tu yg bangga sgt? pooreah… bawang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.