Apple Lancar Versi Baru Macbook Air

APPLE Inc melancarkan versi terkini komputer laptop Macbook Air dengan pelbagai penambahbaikan dan harga yang lebih murah dalam keadaan orang sibuk berkata mengenai pengeluaran jam tangan pintar iWatch.

Firma terkemuka AS itu mempamerkan versi terbaru Macbook Air di laman webnya bermula hari ini dengan kelajuan yang ditingkatkan apabila bergerak di atas platform cip pemproses Intel Haswell.

Dijual pada harga bermula USD899, diturunkan sebanyak USD100 berbanding harga asal, adalah yang paling murah pernah dijual yang mana Apple berharap ia dapat menyaingi jualan laptop Windows.

Menurut jurucakap Apple, Philip Schiller yang dipetik dari Mail Online sebagai berkata, Mac memang tidak sepopular jenama lain, tapi dengan prestasi yang ditambah baik, sedangkan harganya pula semakin murah, kini lebih ramai orang mampu memiliki MacBook Air dan melalui pengalaman yang sempurna dari sebuah notebook.
Sementara itu, khabar angin mengatakan iWatch kini sudah mula dikilang di China dan bakal dipasarkan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.