Rakyat Malaysia Di Korea Utara Dalam Perjalanan Pulang Ke Tanah Air – PM

KUALA LUMPUR – Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara telah dibenarkan pulang ke tanah air, hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman twitter beliau sebentar tadi.

Beliau turut berkata, pesawat yang membawa rakyat Malaysia itu telah berlepas dari Pyongyang pada pukul 7.45 malam tadi (waktu Malaysia), dan dijangka tiba pagi esok. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.