Malaysia Masih Rakan Dagangan Penting Bagi AS

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat masih melihat Malaysia sebagai rakan dagangan yang penting meskipun negara itu telah menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menurut Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau Majlis Perniagaan Amerika Syarikat – Asean, U-S-A-B-C, Michael Michalak, liberalisasi perdagangan perlu terus dilaksanakan bagi memudahkan aktiviti perniagaan antara kedua-dua buah negara, lapor RTM.

Beliau yakin bahawa akan ada susulan daripada TPPA, dan sama ada Amerika Syarikat akan menyertainya, beliau tidak pasti.

Tambahnya, asas ekonomi Malaysia dan kedudukan strategiknya mampu menjadi Malaysia sebagai lokasi yang menarik bagi kebanyakkan perniagaan dari Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.