Video: Remaja Ditahan Polis Kerana Hina Lee Kuan Yew, Mati

Singapura – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun ditahan hari ini, selepas dia merakam video mengkritik bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

 

Menurut Channel News Asia, 15 laporan polis dibuat terhadap perakam video, Amos Yee yang kemudiannya dimuatnaik ke laman video Youtube.

 

Tinjaun SuaraTV mendapati video berdurasi 8 minit dan 38 saat itu kemudianya dibuang dari laman akaun Youtube, remaja terbabit.

 

 

Melalui rakaman tersebut, remaja tersebut dilihat meleparkan pelbagai kritikan terhadap pengasas Republik Singapura itu.

 

“Kenapa tiada orang yang berkata, akhirnya si celaka tu dah mati.

 

“Ini kerana Lee Kuan Yew merupakan seorang yang teruk, semua orang takut mengutuk beliau kerana khutir akan berdepan dengan masalah” ujar remaja itu di dalam rakaman tersebut.

 

Beliau turut menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai pemimpin politik yang paling jahat di Singapura

 

“Dia (Kuan Yew) seorang diktator tapi berjaya menipu masyarakat dunia kononya dia seorang pejuang demokrasi.

 

“Sepanjang pemerintahnya, dia mengawal semua media, pendidikan, menyebarkan propaganda… contohnya selepas Lee Kuan Yew mati setiap hari media menyiarkan berita mengenainya” ujarnya lagi.

 

Amos Yee turut mendakwa ketika hayat Kuan Yew, beliau sering menyaman para pengkritiknya bagi mengheret mereka ke penjara dan menyebabkan mereka diistiharkan muflis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.