Video: ‘Anda Hampir Bunuh Saya’

Empat orang tenaga pengajar kelas memandu, menjerit ketakutan selepas seorang pelajar ‘skema’ yang dirasakan baru belajar, membawa kereta dalam keadaan yang berbahaya.

 

Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas itu, seorang pemandu rali profesional menyamar sebagai pelajar ‘skema’ dan berlakon lurus bendul.

 

 

Leona Chi, 28, mengenakan gaya rambut yang diikat, baju watak animasi ‘Spogebob’ dengan stokin merah jambu itu berjaya bagi menyakinkan tenaga pengajar tersebut kononnya dia tidak tahu memandu sebelum mereka menjerit ketakutan dan ‘minta nyawa’.

 

Selepas membawa kereta ‘abangnya’ ke sebuah lokasi, Leona bersama-sama dengan pengajar tersebut memulakan rutin latihan.

 

Leona yang berasal dari Malaysia itu, memandu dengan gaya ‘amatur’ mendapat pelbagai kritikan sebelum dia merayu untuk mencubanya buat kali kedua.

 

“Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap,” kata seorang pengajar lelaki.

 

Leona yang tersenyum mendengar komen tersebut, mula membuat aksi ‘spin tyre’ dan memandu dengan aksi yang dikenali sebagai ‘donut’.

 

Tindakan yang disifatkan merbahaya itu telah menyebabkan mereka menjerit sepanjang masa dan ada yang terpaksa menutup muka dan berpaut pada tali pinggang kaledar.

 

Marah dengan tindakan tersebut, dua tenaga pengajar warga asing itu dilihat segera keluar dari kereta sebaik sahaja aksi tersebut tamat.

 

“Anda hampir bunuh saya!,” kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru.

 

Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.

 

Senario yang terjadi merupakan aksi ‘prank’ yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

 

Sehingga kini, video ‘prank’ tersebut telah ditonton hampir 18 juta pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.

 

Leona Chi 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.