Tiga Pengarang TMI Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Tiga Pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) Lionel Morais, Zulkifli Sulong dan Amin Iskandar telah ditahan polis dan akan disiasat di bawah Akta HAsutan 1948.

 

Penahanan tersebut adalah berikutan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan oleh portal beritaitu berhubung keputusan Majlis Raja-Raja berkenaan undang-undang hudud.

 

Difahamkan, sekumpulan anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu premis pejabat TMI di Petaling Jaya petang tadi.

 

Pada 26 Mac lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja turut membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers itu bagi menegaskan bahawa laporan yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

 

Sementara itu Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan dalam reaksi balasnya sebelum ini berkata Majlis Raja-raja tiada kena mengena dengan usul hudud yang diperjuang kerajaan negeri Kelantan.

 

Sebaliknya urusan agama di Kelantan tertakluk kepada bidang kuasa Sultan Muhammad V, yang sebelum ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pelaksanaan hukum Islam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.