Remaja IS Diarah Sembelih, Tembak Tawanan

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) kini menggunakan remaja lelaki untuk melaksanakan hukuman mati terhadap tawanan mereka.

 

Tindakan itu didedahkan menerusi video hukuman mati terbaru yang dimuat naik ke laman sosial oleh kumpulan berkenaan.

 

Dalam hukuman mati yang didakwa dijalankan di Hama, Syria itu, sekumpulan lapan remaja lelaki dilihat menembak mati lapan tawanan yang terdiri daripada warga Syria.

 

Selain itu, seorang lagi remaja diberikan tugas untuk menyembelih tawanan.

 

Lelaki itu yang turut didakwa sebagai kanak-kanak telah diberikan sebilah pisau sebelum dia menyembelih tawanan.

 

Seorang lelaki dewasa yang bercakap dalam video berkenaan mendakwa, kesemua tawanan yang dibunuh terdiri daripada ‘kafir kotor’. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.