Putus Kaki Motosikal Dilanggar Kereta

Seremban – Seorang lelaki terputus kaki kiri apabila motosikalnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Ujong di sini malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhammad Zaki Harun berkata kemalangan berlaku ketika motosikal yang ditunggang Chong Kok Jun, 22, dilapor gagal berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah.

 

“Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, kereta yang dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun sedang berada di lorong tengah dan ketika melalui lampu isyarat tersebut, motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba membelok masuk ke arah Labu tanpa berhenti ketika lampu isyarat bertukar menjadi merah.

 

“Pemandu kereta tersebut dikatatan cuba mengelak motosikal itu tetapi gagal dan melanggar motosikal tersebut sehingga menyebabkan penunggangnya putus kaki,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Penunggang motosikal itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.