Kelayakan Euro 2016: Jerman Atasi Georgia 2-0

TBILISI – Juara Dunia, Jerman menang mudah 2-0 ke atas tuan rumah Georgia dalam saingan kelayakan Euro 2016 dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit oleh Marco Reus dan Thomas Mueller cukup untuk memantapkan semula kempen dalam Kumpulan D.

 

Reus menjaringkan gol selepas 39 minit permainan dan disusuli Mueller untuk membolehkan Jerman yang sebelum ini tewas kepada Poland, menguasai permainan.

 

Germany vs Georgia - Tiblisi EURO2016

PEMAIN Georgia, Giorgi Chanturia (kiri) bersaing dengan pertahanan Jerman, Jonas Hector dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AFP

 

Kemenangan itu memberikan Jerman 10 mata daripada lima perlawanan, sama dengan pendahulu Poland serta satu lagi pesaing, Scotland.

 

“Melihat kedudukan dalam kumpulan sudah cukup untuk memahami situasi yang mendesak. Kami bermain dengan dinamik dan menguasai permainan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.