Kaki Pancing Dibaham Buaya

Kinabatang – Seorang lelaki yang hilang ketika sedang memancing bersama tiga lagi rakannya petang semalam dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Kinabatangan di sini.

 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang rakan mangsa kira-kira jam 6.30 petang semalam yang memberitahu rakan mereka hilang di sungai berkenaan.

 

“Menurut maklumat, pada 2 petang, mangsa bersama tiga rakannya keluar memancing di sungai yang berhampiran dengan sebuah ladang.

 

“Kira-kira jam 4 petang kemudian, mangsa turun ke tebing sungai untuk mencuci muka namun tiba-tiba hilang,” katanya ketika dihubungi.

 

Menurut rakan mangsa, ketika kejadian kelihatan air sungai berkocak dan mereka turut melihat kelibat ekor buaya.

 

“Mangsa disyaki dibaham buaya dan operasi mencari mangsa segera dilakukan sehingga ke hari ini dengan bantuan pihak bomba,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.