Ibu Kecewa Anak Dianggap Sial Kerana Tanda Di Dahi

Kuala Lumpur – Seorang wanita melahirkan rasa kecewa apabila ada sebilangan masyarakat memandang hina terhadap anakya kerana tanda lahir di dahi.

 

Menurut Qiss Khairi, anaknya yang bernama Humaira Syuraira, 1 tahun itu telah dihina oleh masyarakat seawal usia sehari.

 

“Dah 3 tahun anak ibu, Humaira Syuqaira, sayang ibu pada kamu melebihi segalanya. Seawal usia kamu 1 hari, sudah ada mulut yang seolah menoreh hati ibu.

 

“Sudah ada hamba yang berani mempersoalkan kejadian Tuhan!” luah wanita tersebut melalui akaun Instagramnya.

 

Beliau turut menyeru agar masyarakat berhenti melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak kecil itu kerana tindakan itu seperti mempertikaikan kejadian Allah SWT.

 

“Kenapa baby puan ada tanda di dahi?… Eh eh.. ada tanda la kat dahi… Ni bawak sial ni… Tanda tu kat tengah2 dahi la.

 

“Allahuakbar.. Astaghfirullah.., semua itu ciptaan Allah. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kenapa? Mengapa? Layakkah kita menghina kejadian Yang Maha Kuasa?,” ujarnya lagi.

 

Salah seorang pembaca SuaraTV, Hannan Damia sebelum ini meminta pihak Editorial untuk mengeluarkan isu ini agar masyarat lebih peka terhadap isu-isu yang sensistif seperti ini.

 

“Saya nak konsi satu kisah ini, sakit hati bile membaca…apa la dosa ank kecil ini sehingga ada sebilangan insan yg sanggup mengata dia macam-macam.

 

“Kadang-kadang tak faham, kenapa sebilangan orang masih berfikiran kolot” ujarnya melalui pesanan yang dikirim melalui Facebbok, SuaraTV bar-baru ini.

 

 

Berikut adalah luahan hati ibu tersebut:

 

Dah 3 tahun anak ibu. Humaira Syuqaira, sayang ibu pada kamu melebihi segalanya. Seawal usia kamu 1 hari, sudah ada mulut yang seolah menoreh hati ibu. Sudah ada hamba yang berani mempersoalkan kejadian Tuhan!

 

“Kenapa baby puan ada tanda di dahi?”

 

“Eh eh.. ada tanda la kat dahi,”

 

“Ni bawak sial ni,”

 

“Tanda tu kat tengah2 dahi la,”

 

Allahuakbar.. Astaghfirullah..

 

Semua itu ciptaan Allah. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kenapa? Mengapa? Layakkah kita menghina kejadian Yang Maha Kuasa?

 

Andai anak ini mengerti apa yang kalian katakan, andai anak ini faham senyum sinis kalian.. erm..

 

Kenapa perlu persoalkan?

 

Humaira Syuqaira tetap comel di hati ibu dan ayah. Selamat hari lahir sayang.

 

*Jangan hina anak ini.. Jangan ejek anak ini. Apalah yang budak umur 3 tahun ini mampu memahami ejekan dan senyum sinis kalian.

3 thoughts on “Ibu Kecewa Anak Dianggap Sial Kerana Tanda Di Dahi

  • March 30, 2015 at 10:43 pm
    Permalink

    ibu dia ni perasan je,seorang yang cakap,kepoh seluruh Malaysia.

    Reply
    • April 2, 2015 at 11:43 am
      Permalink

      Easy to say sbb bkn Ank awak

      Reply
  • April 2, 2015 at 11:40 am
    Permalink

    Pd ibu ni tak perlu terasa. Sy pun Ada tahi lalat di dahi. Dah 25 tahun hidup di muka bumi. Caci maki org tu biasa je. Sy pun pernah terima.tp sy sabar. Saya yakin pada Allah. Setiap ciptaan dia tak pernah sia2.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.