Awal Ashaari Kongsi Gambar Bersama Anak Selepas Kemalangan

Kuala Lumpur – Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari yang terlibat dalam kemalangan Ahad lalu berkongsi gambar bersama anaknya, Lara Alana selepas dia dipindahkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.

 

Awal dalam kapsyen gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu berkata bersyukur kerana masih hidup.

 

“Saya bersyukur masih hidup dan dapat melihat keluarga. Alhamdulillah,” katanya.

 

Semalam, Awal terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan.

 

Dalam kejadian itu, kereta BMW yang dinaiki Awal dan rakannya Izuan Mokhtar terbabas sehingga rosak teruk.

 

Difahamkan, mereka berdua dalam perjalanan ke program Jom Heboh yang diadakan di Melaka untuk mengendalikan program siaran langsung Melodi.

 

Sementara itu, Scha Alyahya dalam laporan Mstar berkata, Awal kini berada dalam keadaan stabil namun sedikit trauma dengan kejadian itu.

 

Menurutnya, pemeriksaan sinar X di Hospital Melaka tidak menunjukkan kecederaan serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.