Aksi Sultan Johor Bersama T-Ara Viral Di Media Sosial

Selepas puteri tunggal baginda, Tunku Aminah mencuri perhatian ramai peminat menerusi foto beliau bergambar bersama kumpulan K-pop, Sistar menjadi viral baru-baru ini, nama Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pula menjadi bualan ramai.

 

Baginda dikenali sebagai Raja Berjiwa Rakyat dengan personaliti bersahaja, hari ini sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas gambar baginda bersama kumpulan dari Korea Selatan, T-ARA menjadi viral.

 

Menerusi akaun kelab peminat T-ARA @MYT_araForum menunjukkan sekeping gambar T-ARA dan Sultan Johor termasuk salah satunya merupakan selfie (atau selca – istilah yang memang popular di kalangan artis Korea).

 

Gambar yang tersebar itu rata rata mendapat komen pujian ramai kerana sifat keterbukaan baginda. Iyalah, bukan senang sebenar kita nak lihat mana-mana Sultan bergambar selfie dengan bintang K-pop.

 

Setakat atikel ini ditulis, gambar tersebut telah mendapat lebih 1 juta ‘retweet’.

 

Pada minggu lalu kumpulan yang dianggotai enam gadis cantik ini hadir ke Johor untuk menjayakan konsert bersempena Hari Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor.

 

Konsert yang berlangsung di Danga Bay itu turut dimeriahkan dengan barisan penghibur lain antaranya Sistar, Taboo (Black Eyed Peas), Rossa dan juga artis tempatan, Datuk Sheila Majid serta Jacklyn Victor.

 

Sultan Johor Kpop 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.