Najib Ulang Pertanyaan Kepada Lim Kit Siang, Mana Pendrive?

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum ini didakwa menjadi bukti beliau terlibat dengan kes Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh pada September 2015.

Najib berkata, Lim, yang dilabel beliau sebagai ‘Menteri Hal-Ehwal Najib’ atau singkatannya ‘MenHEN, sekarang seolah-olah berpura-pura ‘tidak nampak’ perkara itu.

“Walaupun beliau mungkin telah ambil cuti awal sempena hari perayaan sejak tiga hari dahulu, saya masih nak memberi sedikit peringatan kepada MenHEN.

“Sudah nak masuk empat bulan setelah saya meminta beliau untuk mengeluarkan pendrive yang merupakan ‘bukti’ bahawa saya terlibat dengan pembunuhan mendiang Kevin Morais.

“Tetapi Lim Kit Siang macam buat-buat tak nampak sehingga sekarang.

“Kalau masih tak dapat cari pendrive ini, nanti orang akan kata Uncle dan DAP ialah penipu dan telah fitnah saya lagi selama ini. Itu tak baik,” katanya dalam statusnya di laman sosial Facebook.

Pada Nov 2015, adik Kevin Morais, Charles Morais menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa memiliki pendrive yang didakwa diterima dari Kevin.

Pendrive itu dikatakan mengandungi bukti-bukti berhubung kes 1MDB dan SRC International serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

Susulan itu, Oktober lalu, Lim turut membuat kenyataan dengan mendakwa bahawa pembunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB. – Awani

One thought on “Najib Ulang Pertanyaan Kepada Lim Kit Siang, Mana Pendrive?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.