Gagasan Tiga Gesa Mujahid Jangan Biarkan DAP ‘Rogol’ YADIM

KUALA LUMPUR – Pelantikan wakil rakyat DAP sebagai ahli lembaga pemegang Amanah Yayayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengesahkan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah ‘balaci’ sebenar DAP, tegas Gagasan Tiga (G3).

Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor mengulas tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang mempertahankan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Johor Sheikh Omar Ali dari parti DAP sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim.

“Ia jelas suatu campurtangan bangsa DAP dalam institusi Islam kerana wakil rakyat Melayu dari DAP itu hanya ‘pasu bunga’ yang mana jiwanya dan tindak tanduknya adalah berlandaskan arahan pihak atasan bangsa DAP,

“Sebagai bekas ahli seumur hidup DAP yang pernah bersekongkol dengan Amanah dalam banyak program sebelum PRU14, saya sememangnya sedar dan tahu betapa Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berada di bawah telunjuk DAP,” jelas Amran dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Amran, beliau tidak terkejut dengan perlantikan Sheikh Omar tetapi bersedih dengan tindakan Mujahid yang disifatkan membenarkan campurtangan bangsa DAP dalam institusi Islam.

“Saya yakin ‘pasu bunga’ DAP ini akan menerima arahan dari pemimpin atasan bangsa DAP untuk menjaga kepentingan bangsa itu dan bukannya sebagai komitmen untuk menjaga kepentingan Islam dan kaum Melayu,” jelas Amran dalam kenyataannya.

Timbalan Pengerusi G3 turut menggesa agar Dr Mujahid untuk menarik balik perlantikan Sheikh Omar dalam Yadim.

“Sebelum lebih banyak institusi Islam dirogol oleh bangsa DAP, seperti yang terjadi kepada Tabung Haji dan kini, Yadim, saya menggesa agar Mujahid menarik balik pelantikan ‘pasu bunga’ DAP ini dalam Yadim,

“Gesaan ini bagi meredakan kegelisahan umat Islam dan Melayu di negara ini yang semakin keliru dan marah dengan tindakan bangsa DAP yang campur tangan dalam institusi yang melibatkan Islam dan Melayu,” desak Amran.

Semalam, Datuk Dr Mujahid mempertahankan pelantikan Adun dari DAP itu tidak sepatutnya mencetuskan kontroversi kerana pemilihannya dibuat berdasarkan kelayakan dimilikinya.

“Sheikh Omar dilantik atas kelayakannya sebagai seorang yang ada latar belakang agama.

“Tidak ada persepsi (negatif), dia seorang muslim, ada merit dan dia juga ada sumbangan idea yang baik sebelum ini.

“Dia seorang aktivis dengan pemahaman Islam yang jelas, hanya kerana dia ahli DAP dan kita hendak menafikan hak dia tidak betullah,” kata Dr Mujahid yang disiarkan oleh MalaysiaKini, semalam. AirTimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.