Wanita Jual Anak Untuk Beli Tiket Kapal Terbang

SAINT PETERSBURG – Mahkamah Russia menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang wanita Uzbekistan selepas dia menjual bayinya yang baru lahir pada harga 166 euro (RM795) untuk membeli tiket kapal terbang.

Wanita berusia 28 tahun itu mengadakan perjanjian dengan pasangan yang juga dari Uzbekistan untuk membeli bayinya sebelum dia dilahirkan pada Oktober 2016.

Pemindahan selesai pada Oktober dan wanita berkenaan membeli tiket kapal terbang ke destinasi di Asia Tengah tidak lama kemudian, menurut jurucakap mahkamah di St Petersburg.

Kedua-dua pembeli juga dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.