Stokin Kontroversi, Didakwa Ada Kalimah Allah

Jalarta – Heboh memperkatakan tentang sepasang stokin kaki anak-anak keluaran produk dari Sweeden, H&M ini.

Produk ini begitu kontroversi kerana ada gambar kelihatan seperti tulisan ‘Allah’.

Muslim melarang kalimah Allah berada dalam aksesori kaki, kerana ia diandaikan sebagai dipijak-pijak.

Stokin kaki kanak-kanak ini berbentuk lego yang memegang gerudi.

Alat ini menggerudi corak ‘curvy curl’ seperti bahasa Arab ‘Allah’ diterbalikkan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, H & M sendiri mendakwa tidak mempunyai niat untuk membuat kalimah Allah itu pada stokin kaki.

Walaupun tidak ada niat, H & M masih memohon maaf sebanyak mungkin. Mereka juga menyekat pengeluaran dan penjualan semua stokin dari semua cawangan kedai mereka.

“Gambar print dalam stokin itu merupakan simbol lego, yang mirip dengan kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Arab. Ini perkara yang tidak disengajakan. Namun, kerana banyak customers yang merasa keberatan maka produk tersebut kami sekat ia dari peredaran,” kata Petra Buchinger, Press Officer H & M kepada radio SVT.

Sebelum ini, H & M juga dikritik kerana hoodies mengandungi perkataan ‘Monkey Coolest on The Jungle’ yang dipakai oleh model kanak-kanak kulit hitam.

Ia dianggap sebagai perkauman, sehingga The Weeknd mengakhiri kerjasama dengan pelabur Sweden itu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.