Sorok Heroin Celah Seluar Dalam

KUALA TERENGGANU – Bagi mengaburi mata pihak berkuasa individu tidak bertanggungjawab menggunakan van dan motosikal untuk menyembunyikan dadah malah menyorokkan sebahagian daripadanya di celah seluar dalam.

Bagaimanapun, helah itu berjaya dihidu pihak polis ekoran penahanan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kampung Kepong pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, pihak polis menemui pelbagai jenis dadah di dalam kenderaan tersebut.

Menurut Suffian, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui dadah dipercayai syabu dan pil kuda yang disorokkan di dalam kulit pintu serta penutup tangki minyak.

“Mereka menyorokkan dadah dalam pintu kereta, dalam tayar ‘spare’ mahupun di dalam ‘speaker’. Mereka mengubah suai agar mereka boleh terus menyorokkan dadah di tempat-tempat tersebut.

“Ini bukanlah idea yang baru kerana pegawai-pegawai narkotik kita sudah masak dengan kejadian seperti ini. Fokus utama apabila merampas kenderaan adalah di bahagian-bahagian seperti ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Kuala Terengganu hari ini.

Tamba Suffian, pemeriksaan lanjut ke atas dua buah motosikal turut membawa penemuan beberapa botol ubat batuk serta wang tunai kira-kira RM14,000.

Jelasnya, pihaknya turut menyita dan merampas sebuah Nissan Navara, van Vanette, sebuah motosikal jenis Ex-5 dan 125-Z yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.

Sementara it, dalam tangkapan berasingan pihaknya berjaya menahan seorang penganggur bersama lima botol serbuk putih yang dipercayai dadah jenis heroin.

Katanya, suspek berusia 47 tahun itu di tahan kira-kira jam 11.50 pagi, pada Ahad.

“Dua botol heroin itu disorok dalam seluar dalamnya. Kesemua rampasan dadah tersebut di anggarkan bernilai RM12,000.”, petik Awani

Kedua-dua suspek di tahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.