Shahrol Shiro Bantu Geng ‘Basikal Lajak’ Terjatuh

PELAWAK dan penyampai radio BestFM, Shahrol Shiro berkongsi video insiden dia bertembung dengan sekumpulan remaja berbasikal yang hampir menyebabkan kemalangan berlaku di laman instagramnya.

Menerusi video tersebut, Shahrol dilihat cuba membantu salah seorang remaja terbabit yang kebetulan terjatuh di tengah jalan raya dipercayai geng ‘basikal lajak’.

Menurut Shahrol, pada mulanya dia ternampak lima remaja menaiki basikal menuruni bukit dan rakannya yang ada bersama cuba untuk merakamkan aksi mereka.

Namun mereka terkejut apabila salah seorang daripada mereka dilihat terjatuh di tengah jalan raya dan Shahrol berhenti untuk memberikan bantuan.

“Adik, abang abang tahu hati adik kering. Hati kering biar kena dengan tempat. Kalau abang laju, dah tentu awak kat bawah kereta. Abang pula confirm ke dalam dulu untuk siasatan,” katanya.

Berikutan itu, Shahrol turut menasihati para ibu bapa agar memantau aktiviti yang dilakukan anak-anak mereka.

“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat. Pantaulah anak-anak, kerana mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

“Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya ‘nak berembat On tak On?’, jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya,” pesannya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.