Sepasang Pengantin Berkahwin Di Tandas Setelah Ibunya Tiba-tiba Sakit

Sepasang kekasih di Freehold, New Jersey, berkahwin di tandas bangunan mahkamah selepas ibu si pengantin lelaki sakit pada 2 Januari lalu.

Eyewitness News via Daily Mirror, mengkhabarkan, awalnya Brian dan Maria Schulz bakal melangsungkan upacara perkahwinan di Mahkamah Monmouth County.

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas upacara bermula, ibu Brian mengadu sesak nafas dengan dakwaan mengalami asma.

Pegawai-pegawai mahkamah  segera membawa dia ke tandas untuk pertolongan cemas ketika menunggu ketibaan paramedik.

Kenyataan tersebut membuat pasangan Schulz sedih.

Hal ini kerana, jika mereka menunda perkahwinan itu, mereka perlu menunggu selama 45 hari sebelum boleh mengemukakan akta perkahwinan baru.

Sementara memaksakan upacara perkahwinan juga tidak boleh berlaku memandangkan ibu Brian-lah yang menandatangani surat perkahwinan keduanya sehingga dia juga perlu hadir semasa upacara.

Di tengah-tengah keraguan itu, satu penyelesaian muncul untuk kedua-dua mereka mengadakan majlis perkahwinan di tandas di mana ibu Brian mendapat pertolongan cemas. Pasangan itu menyetujuinya.

Brian dan Maria Schulz kemudian melansungkan upacara di sebelah kertas tisu.

Perkahwinan tersebut diketuai Hakim Kehormatan Katie Gummer.

Sheriff Shaun Golden yang berada di dalam bangunan menyatakan, dia baru pertama kali terlibat dalam upacara perkahwinan yang jarang berlaku itu.

“Saya hanya boleh mengucapkan tahniah kepada pengantin perempuan dan pengantin lelaki, dan saya harap ibu pengantin lelaki itu sentiasa sihat,” kata Golden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.