PAN Berkeras Mahu Tanding Kerusi PAS Di Selangor

SHAH ALAM — Parti Amanah Negara berkeras mahu bertanding 12 atau 13 kerusi yang ditandingi PAS di Selangor pada pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi negeri berkata keputusan itu wajar kerana PKR dan DAP sudah ada kuota kerusi untuk ditandingi, lapor Sinar Harian.

Izham Hashim berkata Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus berunding untuk meletakkan calon di kerusi PAS.

“Sebagaimana kenyataan saya sebelum ini bahawa kerusi Amanah ialah kerusi PAS dahulu dan kita telah kenal pasti kerusi-kerusi tersebut,” katanya.

“Disebabkan PKR dan DAP dah ada kerusi mereka masing-masing maka perbincangan kami adalah dengan Bersatu untuk kerusi selebihnya.”

Namun, Izham, menulis kepada ibu pejabat supaya membawa isu itu ke Majlis Presiden Pakatan Harapan, mengakui rundingan dengan PPBM “hampir selesai”.

Semalam, menteri besar Datuk Seri Azmin Ali dilapor mengakui Pakatan Harapan Selangor belum memuktamadkan pengagihan kerusi DUN. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.