Mukhriz Dakwa Bangga Jadi Rakyat Malaysia, Nafi Pernah Mengaku Sebagai Warga Brunei

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa beliau gembira serta bangga menjadi rakyat Malaysia dan menafikan pernah mengaku sebagai warganegara Brunei.

“Baru-baru ini saya dikatakan tidak patriotik kerana kononnya malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya ingin menegaskan saya gembira mengaku sebagai warganegara Malaysia. Saya suka jadi rakyat Malaysia, tetapi marah apabila nama baik Malaysia buruk di seluruh dunia,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas portal Sinar Harian baru-baru ini melaporkan bekas Menteri Besar Kedah itu malu mengaku sebagai rakyat Malaysia dan lebih rela mengaku sebagai warga Brunei.

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya dalam laporan tersebut.

Kurang 24 jam selepas kenyataan itu mencetuskan kontroversi dan mendapat kritikan hebat di media sosial, Mukhriz menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar menuding jari menyalahkan wartawan yang didakwa silap memetik kenyataan tersebut.

“Wartawan Sinar Harian memetik (ucapan) Mukhriz luar daripada konteks dalam artikel yang diterbitkan,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan tersebut termasuk penafian terbaru dari Mukhriz sendiri mengundang kritikan baru netizen yang menyifatkan Timbalan Presiden PPBM itu membuat kenyataan menipu kerana bukti video menunjukkan beliau telah mengaku sebagai rakyat Brunei.

“Semalam Mukhriz mengaku dia menipu yang dia rakyat Brunei jika di luar negara.

“Hari ni dia u-turn, dia tak kata dia rakyat Brunei. Kenyataan dia disalah qoute oleh wartawan katanya.

“Padahal dalam video jelas dia sememangnya berkata macam tu,” itu antara status yang tertera di kebanyakan laman Facebook milik rakyat Malaysia.

Selain status tersebut, ruangan komen di Facebook yang mengupas isu tersebut turut mengundang komentar netizen menyelar sikap Mukhriz.

“B*d** malu nak mengaku rakyat Malaysia ..tapi terhegeh-hegeh anak beranak nak jadi PM Malaysia,” kata Helmey Mie.

“Di Malaysia la anda kaya raya 7 keturunan,d Malaysia la anda mengenali kekayaan, sepatutnya anda pulangkan semula kekayaan yg anda kecapi d Malaysia sekiranya anda merasa malu menjadi rakyat Malaysia,” kata Rahim Abdul Sani.

“Jadi adakah dia seorang pelarian di Malaysia,” soal Putra pula secara sinis. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.