Lelaki Ini Mulanya Marah Keretanya Dilanggar, Terus Berubah ‘Keputusan’ Ketika Tahu Pelakunya Gadis Cantik Dan Seksi

Kemalangan boleh saja terjadi bila bila masa. Meskipun  kita yakin kita adalah seorang pemandu yang selalu berhati-hati dan mengikut peraturan lalu lintas.

Kita juga tidak boleh menyalahkan orang yang menyebabkan kemalangan kerana nyawa orang itu pun pasti dalam bahaya, belum lagi kerosakan kenderaan yang diperbuatnya.

Seperti yang dilaporkan oleh Bastillepost.com, kemalangan berlaku di jalan-jalan di Xunliao Bay di Guangdong, China.

Ferrari merah tabrak Honda putih

Pemilik kereta Honda ini merasa marah ketika sebuah Ferrari merah merempuh bahagian belakang keretanya.

Akibatnya, Honda putih itu turut melanggar kereta sedan di depannya.

Rempuhan dari belakang, pemilik sedan emas dan kereta putih Honda berasa sangat marah, apalagi pemilik Ferrari merah itu enggan keluar dari keretanya sehingga polis tiba.

Ferrari merah tabrak Honda putih

Bagaimanapun, apabila polis tiba di tempat kejadian, pemilik Honda putih yang mahu menyaman pemilik Ferrari itu, tiba-tiba berubah fikirannya selepas pemandu kereta mewah itu keluar dari kereta.

Ternyata pemandunya adalah seorang gadis cantik dan seksi.

Gadis itu keluar dari kereta sambil berkerut melihat kerosakan Honda putih yang telah dirempuhnya.

Pelaku tabrakan

Pemilik Honda putih itu akhirnya setuju untuk memaafkan gadis itu asalkan gadis itu mahu membayar kos membaiki keretanya.

Si gadis tentu sahaja setuju, daripada terpaksa ke mahkamah, lebih baik wang dihabiskan untuk membaiki kenderaan terbabit.

Ketika insiden ini viral di media sosial, ramai yang tidak setuju akan tindakan si pemilik Honda putih.

Netizen beranggapan bahawa mangsa perlanggaran seharusnya membawa gadis itu ke muka pengadilan untuk memberinya pelajaran, bukan melepasnya begitu saja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.