Korea Utara Batal Kerjasama Olimpik

SEOUL – Korea Utara telah membatalkan kerjasama acara persembahan kebudayaan dengan artis Korea Selatan.

Menurut Kementerian Kesatuan Korea Selatan pada Isnin, Pyongyang telah membatalkan acara tersebut yang sepatutnya diadakan pada 4 Feb 2018 di Gunung Kumgang, Korea Utara.

Acara itu merupakan antara siri program menjelang Sukan Olimpik Pyeongchang Musim Sejuk 2018, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonghap.

Menurut laporan Yonghap, Korea Utara membatalkan kerjasama itu disebabkan laporan media yang dianggap berat sebelah.

Ini berikutan apabila media Korea Selatan menyatakan kebimbangan acara kerjasama itu boleh melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) terhadap program senjata nuklear Pyongyang.

Pyongyang juga membangkitkan isu ‘acara dalaman’, merujuk kepada perarakan tentera Korea Selatan yang dijangka diadakan pada 8 Feb sempena ulang tahun Tentera Korea ke-70.

Pada Jumaat, Menteri Kesatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon berkata perarakan tentera itu dijadualkan sehari sebelum sukan Olimpik bermula.

“Kim Jong-un nampaknya mahu menunjukkan kuasa mutlaknya,” Cho dipetik berkata dalam laporan Yonhap, petik awani

Sebelum ini, kedua-dua negara Korea ini bersetuju untuk mengadakan kerjasama pasukan hoki ais wanita di bawah satu ‘bendera kesatuan’ pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Sementara itu, Seoul menyifatkan pembatalan itu sebagai “sangat mengecewakan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.