Inilah Soal Ujian Matematik Kelas 5 Di China Yang Dianggap Tidak Masuk Akal

BEIJING – Peperiksaan ujian di China sekali lagi mencetuskan kritikan. Kali ini salah satu soalan dalam ujian matematik untuk pelajar kelas 5 di sebuah sekolah di Nanchong, wilayah Sichuan, dianggap tidak masuk akal.

Diaporkan dari SCMP, dalam salah satu soalan ujian tersebut diterangkan seorang nakhoda membawa 26 ekor kambing dan 10 ekor kambing menggunakan kapal.

Namun di akhir soalan,  pelajar  diminta untuk mengira usia nakhoda kapal tersebut. Demikian dipetik laman berita scol.com.cn.

Kerana soalan ini ada dalam ujian, pelajar berusaha menjawab dan jawapan mereka berbeza-beza.

“Kapten kapal sekurang-kurangnya harus berusia 18 tahun kerana kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan untuk mengendalikan sebuah kapal,” jawab salah seorang pelajar.

Pelajar lain menjawab dengan sedikit lucu. “Kapten kapal berusia 36 tahun kerana dia orang yang kuat dan membawa haiwan ternakan yang sesuai dengan usianya,” jawab pelajar itu.

Salah seorang pelajar pula enggan menjawab dengan alasan soalan itu tiada kaitan dengan umur kapten itu. Jadi tidak perlu mencari jawapan.

Pejabat Pendidikan tempatan bagaimanapun mempertahankan ujian tersebut.

Selepas menyemak semula peperiksaan, agensi berkenaan mendapati soalan itu tidak salah dan sengaja diberikan untuk menguji kemahiran berfikir pelajar.

“Peranan pendidikan bukan untuk menghasilkan generasi muda yang standard. Setiap jawapan dapat mencerminkan keperibadian pelajar yang berbeza.

“Soalan yang mungkin mempunyai jawapan yang berbeza adalah soalan yang baik,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Agensi itu juga memaklumkan bakal meneruskan soalan seumpama itu dalam ujian dan masyarakat dialu-alukan memberi maklum balas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.